Posts

Showing posts from August, 2022
Image
  I love my engagement ring!! Definitely. Hehe. Cincin tunang nie aku pergi beli dengan mak kat Poh Kong, Sogo. Masa nak pilih tu, punyalah rambang mata. Fuhhhh!! Semua cantik-cantik. Last sekali, kita pilih yang mampu milik jelah. Hehehehe. Lepas beli, terus bagi kat Misr. Siap bagi dengan resit, sebab nak claim balik duit dari dia. Hehe. Alhamdulillah, parents dia pun tak cakap apa. Okay la tu kot cincin nie. Risau jugak. Apa-apa pun, hati happy sangat sebab dapat pilih sendiri cincin pertunangan. Yeayyyy... (^_^)  Love, Nor Fatin Nadhirah
Image
 ASSALAMUALAIKUM.. permulaan tahun baru yang sedih..  12 januari 2013 lepas, pak lang telah pergi mengadap Ilahi.. pergi yang takkan kembali.. Y__Y aku tersedar dalam pukul 3.30 pagi malam sabtu hari tu.. sebab aku dengar bunyi orang mandi.. aku tengok, mak ayah tengah siap, nak pergi mana pun tak tau.. aku tanya mak,  "mak nak gi mana?" mak kata nak pergi tengok pak lang.. aku kata aku nak ikut sekali.. mula-mula ayah tak bagi aku ikut sebab aku kerja hari sabtu.. tapi entah kenapa, hati aku lagi kuat nak pergi tengok pak lang.. lepas tu, aku terus cakap dengan ayah,  "takpe la, akak ambik EL.." dengan tak mandi  (sebab nak cepat)  tapi sempat basuh muka & gosok gigi, kitorang semua gerak ke hospital seremban.. sampai sana dalam pukul 4 lebih, kebetulan sampai sekali dengan pakcik & family.. masa tu, pak lang dalam wad ICU.. kitorang dibenarkan masuk tapi tak boleh ramai-ramai.. sampai turn aku masuk, aku sedih sangat.. tak boleh nak cerita macam mana sedih
Image
 aku tak paham la kenapa dengan diri aku sejak2 tahun nie.. maybe umur dah agak dewasa kot.. or naluri nak berumahtangga tu dah makin menjadi2.. ke sebab aku dah gatal sebenar nya..?? hehehe.. perasaan nak kahwin tu makin menebal sekarang nie, haha.. apa yang aku nak cerita nie pasal impian aku.. semua orang ada impian.. lagi2 kalau perempuan, memang banyak la impian nya.. kalau dapat realisasikan impian tu, bertuah nya badan.. tapi kalau tak dapat tu, kena terima hakikat yang tu semua cuma impian semata-mata.. :) nak kongsi sikit impian aku.. jom layannnnnn...  ♥ ♦BAJU PENGANTIN ♦ aku confirm sangat dah nak pilih warna  KUNING DIRAJA  sebagai tema baju pengantin aku nanti..  (tu pun kalau sempat kahwin la, hehe) .. tak tahu kenapa aku rasa warna tu memang cantik sangat2.. PURPLE pun cantik jugak tapi hati aku lagi berkenan kat kuning.. lagipun, ambik feeling kejap jadi raja.. nama pun raja sehari kan? so kuning diraja memang sesuai sangat.. soooo adorable.. :) *tengku mahkota perak ka
Image
 salam jumaat semua.. alhamdulillah, aku baru je lepas makan bekal yang aku bawak dari rumah.. rezeki untuk hari nie.. alhamdulillah... :) misr pun dah selamat sampai semalam.. dia mesej aku pukul 12 tengah malam tapi aku tak reply.. sebab dah membuta.. plus, badan aku panas.. tu la, mintak demam lagi.. kan dah nak demam betul2 nie.. huhu.. misr pun mesti tengah tidur sekarang nie.. yela, jauh perjalanan dia.. biar la dia rehat dulu, kesian kat dia.. actually, takde idea sebenar nya nak update.. tapi tangan nie still gatal nak update.. gigih betul la, tak faham aku.. hehe.. sebab dah takde cerita sangat.. aku nak cerita pasal WUQ.. siapa WUQ..?? berani nya korang sebab tak kenal WUQ.. WUQ tu anak aku, hahaha.. anak besi aku.. atau orang sekarang panggil, kereta.. hahahahahaha.. sorry ye WUQ, ibu lupa nak buat entry khas untuk WUQ.. jangan risau, WUQ tetap salah satu yang terpenting dalam hidup ibu.. kih kih.. :P aku dapat WUQ masa 26 november 2010.. masa tu, along & mak yang pergi
Image
 Assalamualaikum.... Sebabkan mata nie tak ngantuk, I'm back!!!  Sambil tengah layan cerita Dayang Senandong, aku nak cerita pasal kenangan kat kolej dulu. Aku belajar kat Kolej Komuniti Kuala Langat dari tahun 2008 - 2010. Aku ambik kos Pelancongan & Pengembaraan. By the way, aku just ambik Sijil je, tak sampai Diploma pun, hehe. Ok la,  Takde mood nak menaip panjang-panjang, aku upload gambar then letak caption k..?? Layankan ~~~~~~~ (^_~) ♥  SEMESTER SATU  ♥ *Kitorang pergi KLCC untuk tengok teater. Yang paling aku tak boleh lupa, aku dapat bersalam dengan Tun Mahathir uollsss!! Rasa macam taknak basuh tangan je, hikhik. Tak payah tanya kenapa muka aku macam tu. Umur baru 19 tahun maaaaa.. Hehehehe.* *Masa nie pulak ada Kursus Fotografi. Masing-masing tersengih bagai nak rak sebab Mimie punya perangai. Hahaha. Atleast kursus nie ada jugak mengajar aku pasal teknik dan jenis-jenis fotografi. Tapi tak praktikkan pun, hehe.* *Kem Darat di Janda Baik. Best jugak sebab first time
Image
 Assalamualaikum..... Entry kali nie nak cerita pasal aktiviti semalam. Semalam aku & family ke Kuantan, Pahang untuk hantar Ami masuk kolej. Awal-awal pagi lagi kitorang dah gerak ke Kuantan. Jauh jugak rupanya Kuantan nie, aku ingatkan dekat. Almost 3 jam lebih jugak baru sampai. Tu pun sebab jalan slow-slow sebab nak cari tempat. *Takmo heavy make-up ye kawan-kawan. Lipstick pun takde, hehe*  *Kakak Fatin yang gedik* Ami dapat sambung pengajian dalam course Human Resource di Kolej Poly-Tech Mara. Masa sampai kat kolej dia tu, punya la banyak kereta. Manusia jangan cakap la, lagi ramai. Aku rasa ada kot dalam 1000 orang time tu. Sesak sangat kat kawasan pendaftaran pelajar. Pelajar, mak bapak, nenek, cucu, cicit, segala keturunan kot ada rasanya, hehehehe. Lama jugak nak tunggu Ami settlekan pendaftaran dia. Sampai naik kematu jugak la bontot aku, hihi. Dengan cuaca panas terik, perggghhh!! Memang terbaeeekkk. Bayangkan, pukul 10 pagi dah macam pukul 1 tengahari. Berpeluh-peluh k
  Assalamualaikum.... Kalau ada anugerah Si Tak Sampai Hati Paling Popular, nak aje aku bubuh nama aku. Nak tahu sebab apa? Jom baca ramai-ramai. Huhu. Kisahnya jadi kejap tadi. Aku diberi amanah/tanggungjawab untuk call jemaah haji yang berstatus rayuan. Ada la sikit tawaran yang diberi. Call punya call, semua smooth je. Sampai la kat satu pasangan nie. Warga emas. Suami isteri. Aku call si isteri. Bercerita apa patut dengan dia pasal kes rayuan nie. Alhamdulillah, dia okay je. Setuju pun dengan tawaran yang aku tawarkan. Tetiba dia tanya : Si isteri : macam mana dengan status Puan ****** ye? Aku : (belek-belek nama, takde pulak nama tu) Kalau ikut senarai saya, takde nama tu Puan. Apa hubungan dia dengan Puan ye?  Si isteri : Dia jiran saya. Aku : Ok, saya tanya dulu dengan unit haji. Nanti saya call Puan semula. Si isteri : Haaa, yela. Nanti telefon ye. Aku : Okay Puan. Terima kasih. Assalamualaikum...... Letak telefon, aku terus jumpa Kak Yali. Check punya check, nama Puan ***** tu
Image
  Holla holli cikebum cikebum. Lama dah aku tak dating dengan si bloggie nie. Hmmm, bukan sengaja tapi bawak diri untuk mencari secebis idea untuk berkarya. Wahhh, curlass kau Fatin. Hahahaha. Okay, taknak merepek panjang, nie entry yang tertunggak dari hari tu. It's all about work okay! No cintan-cintun story bagai. 1 SEPTEMBER (Ahad) Masa nie aku terlibat dengan taklimat akhir haji 1434H yang dianjurkan oleh ofis aku. Pukul 7 lebih aku dah terpacak kat situ. Sampai-sampai je, tak sempat nak letak hangbag pun lagi, aku dah kena kawal pergerakan keluar masuk kereta jemaah & pandu arah diorang. Dalam kata ringkas, penyambut tetamu + tukang jaga parking uolss, hikhik. *Masjid Al-Imam As-Syafie, Taman Maluri.* *Penceramah yang dijemput khas, hahaha.*  *Jemaah yang datang.* So far, semua okay. Ramai jugak jemaah yang datang. Ada jugak a fews masalah masa tu. Contoh, makanan tak berapa cukup. Order dah cukup tapi diorang bagi tak cukup. Faham tak maksud aku? Katering nie memang hamp