Posts

Showing posts from December, 2022
Image
  Assalamualaikum   ♥ Nak buat kenangan la katakan, semangat aku DIY gambar anak letak atas kek pertama dia. Bukan tak boleh order tapi macam biasalahhhhh, IBU IS GEDIK! Hahaha. Tak tahu la kenapa aku suka sangat buat benda alah nie. Senang kata, setiap kali event yang aku rasa penting, mesti aku nak curahkan idea DIY. Eh, panjang pulak kau nie merepek. Jom layan..... (^_^) *Ini rupa gambar atas kek.* First step, pilih gambar then compile kan dalam Words. Pastu aku mintak tolong laki aku print colour kat ofis dia. Gunting gambar ikut kesesuaian dan masukkan gambar dalam plastik laminate then laminatekan gambar tu. Aku guna mesin laminate kat ofis. Kalau taknak laminate atau malas, boleh je print gambar atas kertas keras. Kita yang buat dia, bukan dia buat kita. Last sekali selotape pencungkil gigi kat belakang gambar then siap!!! Senangnya lahai. Korang pun boleh DIY tau. Lepas majlis, gambar nie semua boleh simpan cucuk kat rumah. Nampak 2 in 1 gitu, hehe. Biarlah benda nie nampak kec
Image
  Assalamualaikum   ♥ It's good to be back here again. Seminggu lepas kahwin dulu, sini la tempat kitorang honeymoon. Masa tu pergi ramai-ramai. Honeymoon cum family holiday. Kali nie datang lagi ditemani anak tersayang, Eidzara Azzalea. Alhamdulillah... (^_^) *Hello Langkawi.* Tempat pertama kitorang serbu Oriental Village. Kat sini la lokasi cable car. Banyak benda lain dah ada kat situ selain cable car. Nasib kitorang kurang baik. Tak dapat tengok pemandangan dari atas Gunung Machincang. Hujan. Nampak kabus je. Aktiviti ke Sky Bridge pun tergendala. Baru nak feeling-feeling atas bridge. Nak redah boleh je tapi bawak anak, kesian pulak. Sejam lebih tunggu hujan berhenti tapi tak jugak. Lastly kitorang turun je. Anggap jelah bukan rezeki kali nie. #husnuzon *Kitorang ambik basic package. Dapat diskaun RM 5/pax sebab Sky Rex under maintenance.* *Kempunan nak ke Sky Bridge.* *Gigih bergambar kenangan kat love padlock nie sebelum turun. Berkabus tu.* Cable car nie ada dua station. Mi