Assalamualaikum ♥
It's good to be back here again. Seminggu lepas kahwin dulu, sini la tempat kitorang honeymoon. Masa tu pergi ramai-ramai. Honeymoon cum family holiday. Kali nie datang lagi ditemani anak tersayang, Eidzara Azzalea. Alhamdulillah... (^_^)
*Hello Langkawi.*
Tempat pertama kitorang serbu Oriental Village. Kat sini la lokasi cable car. Banyak benda lain dah ada kat situ selain cable car. Nasib kitorang kurang baik. Tak dapat tengok pemandangan dari atas Gunung Machincang. Hujan. Nampak kabus je. Aktiviti ke Sky Bridge pun tergendala. Baru nak feeling-feeling atas bridge. Nak redah boleh je tapi bawak anak, kesian pulak. Sejam lebih tunggu hujan berhenti tapi tak jugak. Lastly kitorang turun je. Anggap jelah bukan rezeki kali nie. #husnuzon
*Kitorang ambik basic package. Dapat diskaun RM 5/pax sebab Sky Rex under maintenance.*
*Kempunan nak ke Sky Bridge.*
*Gigih bergambar kenangan kat love padlock nie sebelum turun. Berkabus tu.*
Cable car nie ada dua station. Middle and Top Station. Sapa nak ke Sky Bridge, naik sampai Top Station. Kat situ ada kaunter tiket ke Sky Bridge. Tiket combo beli memula kat bawah tu tak include dengan tiket ke Sky Bridge.
Kemudian kitorang ke Sky Dome. Takde apa yang menarik punnnnn. Pening je aku dapat. Berpinar-pinar bijik mata lepas keluar. Tayangan dalam 5-7 minit je. Kat luar ada papan tanda bagitahu wanita hamil, warga tua, sakit jantung or orang yang cepat rasa pening tak digalakkan masuk. Tak masuk pun takpe sebenarnya tapi sebab dah beli tiket combo, kena la masuk. Rugi bayar mahal. Haha. Then ke 3D Art Museum. Yang nie aku buat entry khas. Boleh refer sini ----> 3D Art Museum Langkawi.
*Sky Glide, untuk yang malas jalan kaki ke Sky Bridge.*
Check-in homestay @ Inapan Aishah. Malam keluar balik cari makan dan jenjalan kat Telaga Walk. Kedai banyak keliling dataran tu tapi semua tutup. Yang bukak dobi layan diri je. Maybe sebab weekdays kot. So bergambar kenangan jelah...
*Pecinta kucing takpe jangan pecinta wanita. Hahaha.*
Dah takde apa kat situ, kitorang ke Pantai Cenang lepak-lepak sambil layan fire show tepi pantai. Dengar bunyi ombak, tenang je rasanya. Ada servis urut kaki & hisap shisha tepi pantai tu. Harga tak sure pulak berapa.
Okay la, sambung next entry. Bye ~
Love,
Nor Fatin Nadhirah






















Comments
Post a Comment