Assalamualaikum 


Percutian penutup 2018 bersama family ke negara jiran. Actually tak complete. Suami kesayangan tak join. Sayang nak tutup kedai katanya. Haha. Takpelah, next time join okayyy. Dipendekkan cerita, perjalanan dari border ke Hat Yai mengambil masa sejam. Singgah breakfast di Kelantan Restaurant. Hmmm, tak tahu la kenapa aku rasa tak sedap. Hehe, sorry.


First destination, Chang Puak Camp. Banyak aktiviti boleh buat kat sini. Aku naik gajah je. 30 minit perjalanan lalu sungai, kawasan perkampungan. Gajah aku naik tu namanya Namchaj. 30 tahun. Betina. Zara seronok betul naik gajah. Ingatkan dia takut. Good job anak ibu. Ada improvement laaa. Hihi.


*Elephant riding : 500 THB/adult & 250 THB/child.*


Sampai satu checkpoint nie, driver gajah (tak tahu nak panggil apa) berhenti then jual aksesori berasaskan gading. Aku tak beli. Naik gajah nie pun dah serba-salah, lagi pulak nak beli gading dia. Sorry gajah. Janji tak naik dah. Turun dari gajah, boleh beli gambar yang staff sana snap masa gajah nak lalu sungai. 200 THB/sekeping. Tak beli pun takpe. Pastu dapat buah & air free. Chang Puak Camp buka setiap hari dari pukul 8 pagi - 5 petang.

*Kakak ipar & anak-anak buah.*


Next ke Songkhla Central Mosque. Katanya kat sini la tempat pasangan yang kahwin lari ke Siam. Wallahualam. Tak tahu sahih ke tak. Kawasan luar masjid nie cantik, ada kolam ala-ala Taj Mahal gitu.


*Budak bertuah nie sibuk nak main pijak-pijak air.*

Next destination, Hat Yai Municipal Park. Actually tempat ibadat. Penuh patung Buddha atas bukit nie. Kitorang datang bukan nak tengok patung tapi view bandar Hat Yai. Cantikkkk. Kat sini jugak ada cable car. Tak sure berapa harga tiket. Aku baca katanya atas tu temple je, so taknak la buang duit. Tengok dari bawah nie pun dah cukup cantik. Singgah kejap je then terus check-in hotel.

*Cer zoom. Kat hujung sekali tu nampak masjid Songkhla tadi.*




*Salah satu patung yang ada.*

Kitorang stay Clover Hotel. Location hotel agak jauh dari Lee Garden, dalam 3km camtu. Plus sini hotel baru. Ada sekali tu driver tuk-tuk pun tak tahu kewujudan hotel nie. Haha. Dah abang aku yang kena tunjuk jalan kat dia. Adoiii... Tapi hotel nie cantik tau. Selesa (of course la sebab baru, haha). Harga pun affordable. Lunch haritu tapau je makan kat hotel. Beli di Kai Tod Decha. Serius sedap giler food dia. Sis bagi 10 bintang. :p

*Lobby hotel.*


Lepas refreshing, kitorang ke Khlong Hae Floating Market. Ya Rabbi, ramainyaa orang. Hujan renyai lagi. Bersesak-sesak. Ingatkan ramai dah balik Malaysia. Yelah, kitorang gi sana Ahad sampai Selasa. Konon nak elak time orang ramai. Sekali hambikkk! Diorang tak jumpa jalan balik kot. Haha. Tak jalan sangat pun area sampan. Beli air dalam bekas tembikar then terus jalan-jalan bahagian atas. Kat atas banyak jugak kedai jual t-shirt, souvenir dan makanan. Boleh la beli apa patut kat sini sebab harganya boleh tahan murah.


Aku respek betul tengok sungai kat floating market nie. Walaupun diorang berniaga makanan atas sampan tu tapi sungai tak kotor pun. Takde nampak sampah sarap. Bagusnyaaaa. Oh ya, floating market buka dari Jumaat - Ahad je tau. 3 petang - 9 malam.



*Singgah sampan nie je pastu tak lalu nak rempuh lautan manusia, haha.*

*100 THB/helai. Kalau pandai tawar boleh dapat lagi murah.*


*Zara dah habis bateri. Atas bahu pun boleh tidur.*

Balik dari floating market, kitorang naik tuk-tuk pulak ke Asean Night Bazaar. 20 THB/seorang. Sini of course la tempat shopping tapi tak shopping sangat pun. Lebih nak makan je. Ada dua tingkat. Bawah jual barangan macam baju, beg, jam, spek mata, mainan dll. Kat tingkat atas makanan. Udang besar gabak, sushi, air buah, macam-macam laaaa. Larat tak larat makan je. Tempat nie buka setiap hari kecuali hari Isnin. Jangan datang hari Isnin pulak tau. :p

*Muka mak-mak & anak-anak teringin naik tuk-tuk, hihi.*



*5 THB je setiap satu.*



Okay la. Sambung next entry okayyyy.


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Comments

Popular posts from this blog