Sambungan Part 1

Aktiviti dimulakan dengan lawatan ke Pulau Samosir. Pulau Samosir terletak di tengah-tengah Lake Toba. Nak ke sana kena naik feri. Perjalanan dalam 45 minit. View cantik giler. Lake Toba nie besar ya amat. Kedalaman 600-800 meter. Wowww!! Patut lerr kena pakai life jacket. Seram pulak dengar. Tu pun si Benny cerita masa dah balik dari Pulau Samosir. Kalau tak nanti ramai yang taknak pergi kata dia. Hahaha.



*Dihiburkan dengan nyanyian. Lepas nyanyi mintak tips. Bagi la berapa mampu ye.*


Mula sekali singgah di Ambarita. Kat sini terkenal dengan kisah Raja Siallagan. Dikatakan kisah batak kanibal bermula dari sini. Tapi diorang bukan suka-suka bunuh orang then makan. Mangsanya selalu orang bersalah. Kesalahan besar seperti curang dengan isteri raja, jadi ‘spy’ atau membunuh takde bersidang dah. Terus jatuh hukum pancung. Tiada maaf bagimu.


*Huta : kampung, Siallagan : surname keturunan raja.*

Untuk kesalahan lain, raja dan orang kanan akan bersidang dulu di Batu Persidangan. Diceritakan batu tu terbang sendiri ke perkampungan diorang guna kuasa mistik. Then dibentuk jadi meja dan kerusi. Woww kan? Batu Persidangan nie terletak di depan rumah raja. Nak bezakan rumah raja dengan orang biasa, di pintu masuk rumah raja ada tanduk kerbau. Bagi kaum Batak, kerbau dianggap haiwan paling kuat.

*Batu persidangan & rumah raja.*

Info tentang rumah batak. Rumah batak terbahagi kepada 3 tingkat. Atas sekali (loteng) jadi tempat simpanan hasil tanaman seperti jagung. Tingkat tengah tempat orang rumah duduk. Toilet, bilik, ruang tamu semua sekaligus. Setiap ruangan dipisahkan dengan kain. Bawah tempat haiwan ternakan seperti ayam atau babi (orang biasa). Kalau rumah raja, bawah sekali tempat pemasungan pesalah. Penjara la. Rumah batak nie takde tingkap. Pintu pulak dibuat kecik. Tujuannya nak elak haiwan buas daripada masuk rumah (dulu kan hutan je, bukan macam sekarang). Mengikut adat pulak, kononnya supaya tetamu tunduk hormat pada tuan rumah semasa nak masuk rumah. Gituuuu......


Tangga diluar dikatakan ada hubungan jauh dengan raja. Tangga didalam ada hubungan dekat dengan raja. Bucu atap belakang dibuat lebih tinggi sejengkal daripada bucu depan. Kononnya supaya anak akan lebih pandai dari orang tuanya. Atap dibuat bentuk camtu untuk memperingati nenek moyang diorang (asal orang Batak nie pelayar).

*Nie tangga luar.*

*Nie tangga dalam.*

Cerita pasal hukuman pancung dijalankan. Memula mata pesalah ditutup guna kain - badan diketuk-ketuk guna kayu apa ntah untuk check power - badan dikelar-kelar - perah lemon kat kelaran badan tu. Kalau pesalah dah jerit, maknanya power diorang dah hilang (kalau takde power pun confirm jerit kan? dengar pun pedihhhh, huhu) - pancung kepala - organ seperti hati dan jantung dikeluarkan - dicincang halus campur dengan darah dan air asam - hidang kat orang yang nak tambah power. Badan diorang buang. Kepala pulak gantung depan pintu masuk kampung sebagai amaran dan peringatan. Adoiii, aku dengar pun seram.

*Nie tempat hukuman. Benny (tour guide) yang baju maroon tu.*

Nak shopping kat sini kena hati-hati. Aku dah terkena. Berkenan kat satu baju nie. Masa tanya harga dia kata RM 10. Elok nak bayar, dia cakap RM 10 tu harga barang lain. Pastu dia ketuk aku sampai 300,000 IDR. Gilerrr apoooo!!! Pastu pandai pulak dia kata “kakak jangan marah-marah”. Ehhh, dah kau tipu mesti la aku marah. Last dapat 100,000 IDR. Tu pun kira mahal. Sebab nak buat kenangan, pejam mata jelah. Peniaga kat sana garang. Kalau taknak beli, jangan tanya harga. Lalu je.



Next ke Perkampungan Tomok. Tempat shopping sini besar berkali-kali ganda dari Ambarita. Aku sempat singgah Sigale-gale je, tu pun tak sempat tengok show patung tu menari. Kesuntukan masa. Kisah Sigale-gale baca sendiri kat Google. Hihi. Kalau perasan, kaum Batak suka ukir bentuk cicak dan 4 payudara. Cicak tu maknanya orang batak nie boleh hidup dimana-mana je, sama macam cicak. 4 payudara pulak mewakili 4 simbol (kehidupan, kasih sayang, kesucian, kesuburan). Cicak diukir mengadap payudara maknanya sejauh mana pun diorang merantau akhirnya akan pulang jugak ke pangkuan ibunya. Menarik kannnnn... :)






*On the way balik ke jeti.*


*Sampai jeti ada bebudak berenang sekitar feri nak mintak duit. Baling la duit kertas. Kalau korang baling duit syiling diorang menyelam sampai dapat tau. Kesian.*

Sedikit kisah menarik pasal Lake Toba (Danau Toba). Ada 2 versi (sains & mitos). 75,000 tahun dulu terjadi satu letupan volcano purba. Meletup jadi kawah sebesar Lake Toba nie la. Letupan tu terlalu kuat hingga dikatakan 1/3 langit tertutup dengan jerebu. Kemudian kawah tu mula terisi dengan mata air dan hujan. Saki baki gunung berapi adalah Pulau Samosir. Masih ada lava yang aktif di dasar tasik.


Cerita mitos pulak, ada seorang pemuda bernama Toba. Dia nie kaki pancing, tak sah hidup tu kalau tak memancing. Satu hari dia tak dapat ikan. Dia sedih la. Elok je pastu, dia dapat ikan mas sebesar manusia. Sebabkan ikan mas tu terlalu besar, dia berhasrat nak ajak kawan-kawan datang makan sekali malam tu. Sampai rumah, ikan mas tu hilang. Puas dia cari. Dia pun masuk bilik, tetiba ternampak sorang perempuan cantik tengah bersisir depan cermin. Perempuan tu bagitahu dia la ikan mas tersebut. Dipendekkan cerita, kahwin la si Toba dengan perempuan tu. Tapi ada syarat. Kalau diorang ada anak nanti, jangan sesekali bagitahu yang mak nya asal dari ikan.


Beberapa tahun kemudian, anak diorang dah besar. Namanya Samosir. Toba dah jadi pekebun. Ibu Samosir mintak dia hantar makanan ke ayahnya tapi budak biasa la, sibuk main sampai terlupa. Dah petang baru ingat. Dia pun berlari hantar makanan ke ayahnya. Si Toba of course la marah sebab kelaparan. Dia pun termarah "dasar anak ikan, tak boleh diberi amanah". Gitu la kottt. Si Samosir balik nangis ngadu kat ibu dia. Bila ibu dapat tahu, kecewa dan sedih la dia. Menangis si ibu nie sampai tenggelam kawasan tu. Toba disumpah jadi tasik dan Samosir menjadi pulau. Dan ibu tu jadi ikan mas semula.


Haaaa, amacam? Macam wikipedia tak? Hahaha. Semua info yang aku cerita kat atas tu si Benny yang bagitahu. Bagus la dia tu. Banyak ilmu aku dapat. Sambung lagi next entry okay. Panjang sangat dah nie. 


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Comments

Popular posts from this blog