Assalamualaikum ♥


Khamis lepas (24 March) pergi baby expo kat Mid Valley. First time pergi expo camtu. Aku & suami sampai sana dalam pukul 11 pagi. Cari parking punya la lama kau. Dekat sejam ada rasanya. Last-last dapat parking kat Zone U, The Gardens.


Sampai sana, mak aiii. Ramainyaaa orang. First day opening dah ramai camni. Kalau gi weekend, entah macam mana rupanya. Suami pesan, beli barang penting dulu. Barang macam baju baby ke apa tu nanti beli. Lagipun tak tahu jantina. Tak scan. Suami nak suprise. Nampaknya ibu kena beli warna selamat la. T_T


Memula serbu booth botol susu Avent. Ada satu set combo tu dapat 4 botol, manual breast pump & sterilizer (untuk bunuh kuman kat botol susu) harga RM 650. Nak beli dah nie tapi suami suruh survey dulu. Last-last beli set combo Tommee Tippee. Dapat 4 botol, milk warmer (pemanas susu), sterilizer, puting, dua botol bag & breastmilk storage plastic dengan harga RM 499. Tambah beli manual breast pump harga RM 84.76. Suka laki aku sebab jimat banyak plus barang pun macam-macam dapat.


Next, jalan kat booth tilam kekabu. Dah lama pasang niat nak beli, dapat jugak akhirnya. Harga RM 259 untuk satu set. Dapat tilam kekabu, comforter, dua bantal, dua bantal peluk, satu bantal newborn. Bagi aku okay la harganya. Tanya kat online, ada yang sampai RM300++. Tu belum dapat pegang material lagi. Nie kira puas hati la sebab tahu sendiri kualiti tilam tu. Memula nak ambik corak kereta kecik-kecik tapi suami kata ambik la warna ceria sikit. Gasak la kalau anak ibu nie boy,  redha jelah ye nak. Hehe... :p


Pastu beli breastmilk storage bottle & plastic, cooler bag & ice pack. Untuk persediaan awal. Beli nursing bra 2 helai. Dah tak selesa nak pakai yang sedia ada punya, hihi. Beli changing mat baby. Kot nanti nak tukar pampers, takdelah kena tilam kekabu kita tu. Hehe. Ada je pattern baru yang macam kain napkin tapi rasa macam tak praktikal pulak. Mahal pulak tu. So aku beli yang macam orang dulu-dulu punya.

*cooler bag: RM 45, breastmilk bottle: RM 31, breastmilk plastic: RM 10.50/pcs,  ice pack: RM 8/pcs, changing mat: RM 22.*

Last sekali, singgah booth Sweet Cherry. Plan asal nak beli car seat, sekali terbeli stroller, hihi. Tragis sikit masa nak beli stoller nie. Cari punya cari, jumpa la kitorang stroller yang berkenan + still dalam bajet. Kitorang panggil promoter melayu nie, mintak ambikkan stok. Sekali brader tu kata stok habis. Laki aku angin la, baru pukul 3 petang kot. Takkan dah habis. First day pulak tu. Pastu dia suruh kitorang ambik yang display je. Memang tak la laki aku nak ambik. Lagipun display kaler biru, kitorang nak kaler merah. Aku panggil sorang lagi promoter cina. Saja buat-buat tanya. Rupanya ada je stok, brader tu pemalas. Huhhhh. Masa aku gi bayar, brader tu kena sound ngan laki aku. Nak kerja biar ikhlas. Sesama melayu pulak tu. Sabar jelah. Hmmm.....


Booth lain singgah kejap-kejap je. Cari idea nak beli apa next shopping nanti. Dari apa aku tengok, ramai orang borong pampers kat expo nie. Murah sangat kot agaknya. Entah la, tak survey. Berkoyan-koyan diorang angkut pampers. Naik pelik aku tengok. Hehe. Sapa yang nak gi baby expo, direkemenkan beli barang-barang penting je. Kalau setakat baju tu, takdelah murah mana. Baik beli kat shopping mall, takdelah kau berasak-asak nak pilih baju anak.


Sepanjang dalam baby expo tu, dok cover je perut taknak kasi berlaga ngan orang. Ada yang main rempuh je. Nasib baik la perut kita nie tak boyot sangat lagi. Huhu. Tak sabar nak shopping barang baby lagi. Perasaan yang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Comments

Popular posts from this blog