Assalamualaikum....
Sebabkan mata nie tak ngantuk, I'm back!!!Sambil tengah layan cerita Dayang Senandong, aku nak cerita pasal kenangan kat kolej dulu.
Aku belajar kat Kolej Komuniti Kuala Langat dari tahun 2008 - 2010.
Aku ambik kos Pelancongan & Pengembaraan.
By the way, aku just ambik Sijil je, tak sampai Diploma pun, hehe.
Ok la,
Takde mood nak menaip panjang-panjang, aku upload gambar then letak caption k..??
Layankan ~~~~~~~ (^_~)
♥ SEMESTER SATU ♥
*Kitorang pergi KLCC untuk tengok teater. Yang paling aku tak boleh lupa, aku dapat bersalam dengan Tun Mahathir uollsss!! Rasa macam taknak basuh tangan je, hikhik. Tak payah tanya kenapa muka aku macam tu. Umur baru 19 tahun maaaaa.. Hehehehe.*
*Masa nie pulak ada Kursus Fotografi. Masing-masing tersengih bagai nak rak sebab Mimie punya perangai. Hahaha. Atleast kursus nie ada jugak mengajar aku pasal teknik dan jenis-jenis fotografi. Tapi tak praktikkan pun, hehe.*
*Kem Darat di Janda Baik. Best jugak sebab first time dapat merasa Night Walk dalam hutan, Abseiling kat air terjun, Jungle Trekking. Paling best time mandi ramai-ramai dalam satu tempat (girls only) then time tu baru aku perasan ada pacat tengah seronok hisap darah aku kat ........... (isi tempat kosong) Hahahahaha..*
♥ SEMESTER DUA ♥
*Semester yang paling mencabar sebab banyak aktiviti outdoor. Tengok la muka sorang-sorang, berkilat! Hihi. Time nie tengah bersiap untuk Majlis Raya & BBQ. Dan masa ini jugak la aku kenal encik Misr, hikhik.*
*Kitorang ada kat Pulau Pangkor untuk Kem Marin. Best giler kot kem nie, lagi best dari Kem Darat. Sebab time nie dapat berkayak, mandi laut, snorkeling, memancing dan macam-macam lagi. Tu pasal muka aku sunburn tahap kronik. Time nie baru seminggu couple dengan Misr, hihihi..*
♥ SEMESTER TIGA ♥
*Practical semester. Masa nie aku praktikal kat tempat aku kerja sekarang, hehe. Enam bulan ye uollss. Markah praktikal, bos bagi 98%, hebat tak? Hahahahaha..*
♥ SEMESTER EMPAT ♥
*Semester yang paling banyak berjalan, duit pun banyak jalan. Time nie kitorang nak ke KL untuk naik bas Hop On Hop Off. Team aku yang organize, best!! Hehe..*
*Yang nie pulak ke Zoo Negara. Team mana organize pun aku dah lupa, hikhik. Trip nie best sebab dapat bergambar dengan Pierre Andre. Kebetulan dia ada shooting kat zoo, hihi..*
*Melancong sambil belajar ke Kuching. Kitorang pergi melawat Tempat Pemeliharaan Orang Utan, Kampung Budaya Sarawak, Pasar Satok, Serikin dan macam-macam lagi. Best sangat..*
*Trip ke Melaka. Semua trip aku rasa best sebab aku kan suka berjalan, hahahahaha..*
♥ KONVOKESYEN ♥
*Dah habis belajar, yeaaayyyy!!!*
So, itu jela kenangan aku kat kolej dulu.
Ada kenangan manis, kenangan pahit, macam-macam kenangan.
Rindu jugak nak jumpa kawan-kawan kolej aku.
Kebanyakannya dah lost contact through fon/mesej, banyak dalam Facebook je.
Hmmmm, ok la.
See you, bye! :)
With Love,
Nor Fatin Nadhirah










Comments
Post a Comment