Assalamualaikum 


Sebulan lepas balik Jepun, kitorang anak beranak ke Singapore pulak. Family day ofis suami. Semua ditanggung. Free. Alhamdulillah, rezeki. Harga tiket USS setakat 31 Julai 2017, 68 Singapore Dollar. Zara macam biasa la, behave sangat! Good girl. Sejuk perut ibu ngandungkan Zara. ♥ 

*Permulaan hari. Happy nawww kamu ye.*

Family day nie 3D/2N. Kitorang semua stay JB. Masuk Singapore balik hari je, tu pun just ke USS. Aku dah pernah gi USS tahun 2012. So suami aku asyik la tanya apa yang best la apa la. Eh, dah macam google dia buat aku nie. Aku eksyen la sikit kan, haaa ride nie best yang tu tak best yang nie suspen. Eeeeee, poyo giler! :p







Mula sekali, suami aku main Transformers 4D. Sejam weyy aku & Zara tunggu dia. Tu la masalahnya kat USS. Beratur panjang. Sabar jelah. Huhu. Nasib baik ada Zara teman ibu. Ayah sibuk main, ibu sibuk snap gambar Zara. Keluar je Transformers tu, suami aku mengomel. "hmmm, macam sama je Spiderman kat USJ". Hehehe. Ye, Transformers kat USS dan Spiderman kat USJ memang sebijik. Tukar karakter je. Jalan cerita sama. Effect sama.





*Kebosanan tunggu ayah.*

Next kitorang main Revenge of The Mummy. Indoor roller coaster. Gilir-gilir masuk. Of course aku taknak lepas peluang sebab aku suka ride nie. Kecut perut weyy. Aku dok pejam mata dari awal sampai habis padahal dalam tu memang dah gelap pun. Tutup mata ke tak sama je. Haha. Komen suami aku kali nie, best tapi kalau cerah lagi best. Eh, banyak pulak songeh dia. Princess dah tukar baju kat sini. Tak tahan panas.. T___T




*Puteri lilin ibu taknak senyum.*

Kesian Zara tak selesa sebab panas. Nasib baik la dia bukan jenis merengek. Muka jela masam. Nak suruh senyum pun susah. Haritu kat USJ hujan, kat sini panas. Dugaan. Takpelah... #redha. Settle main The Mummy, kitorang laki bini decide cari tempat sejuk sikit bagi Zara cool. So sepakat la ke Waterworld. First time aku tengok show nie. Okay la, not bad. Citer pasal lanun nak culik perempuan nie pastu nanti boyfriend dia datang selamatkan. Pastu nanti ada air terpercik la, terbakar la, itu la ini la. Korang tengok la sendiri nanti. Aku lupa dah jalan cerita dia. Haha. Zara pun teruja tengok boat, api, orang panjat-panjat.






Settle Waterworld, kitorang jenjalan je sampai lebam. Ikut hati nak main je apa yang aku tak sempat main dulu. Tapi fikirkan anak, takpelah. Kesian Zara. Sempat bawak dia main Ferris Wheel (indoor) dalam kedai Shrek. Beli ice blended strawberry kat situ (harga 11 Singapore Dollar), Zara taknak lepas sampai sudah. Best kot sejuk. Melekit habis satu badan. Huhu. Bawak anak kecik, aktiviti agak terbatas. Takpe, next time datang lagi. Biar Zara besar dulu.



*Muka ada senyummmm.*





So far, aku tengok USS takde beza sangat pun macam dulu. Cuma kat zone Hollywood je diorang upgrade letak Minion. Pastu kat zone Far Far Away, ada satu ride baru. Yang lain semua masih sama.

*nie ride baru tu. tak sempat main.* 

On the way balik sampai la dah masuk bilik hotel, suami aku asyik kata USJ lagi best dari USS. Tak tau pasaipa. Sampai perah otak la dia fikir. Dengan aku-aku pun terlibat sama kena perah otak. Sebagai isteri prihatin, kita wajib layan dan perbincangan diteruskan sehingga ke time breakfast keesokan harinya. Hahaha. So funny! I love you B. 


p/s : suami cakap cukup-cukup la holiday untuk tahun nie. duit dah banyak habis. :p



Love,
Nor Fatin Nadhirah

Comments

Popular posts from this blog