sambungan part 1, part 2, part 3, part 4.


Last entry untuk trip Jepun. Promise! Hari terakhir di Jepun kitorang ke USJ, Osaka. Jangan tanya kenapa tak pergi DisneySea ke Disneyland ke, aku sekeh sorang-sorang japgi. Aku pergi free kot. Mana orang bawak, kita ikut jelah. Okay? Sampai USJ, WAJIB la bergambar kat globe. Bukti tu dah sampai sana. Harga tiket 7600 Yen/pax. Mahal. Nasib baik masuk free. T___T





Memula sekali kitorang jenjalan kat Minion Park. Colorful betul, cantik! Kebetulan masa kitorang sampai, maskot minion ada pulak. Ibu gigih la nak bergambar padahal tahu anak takut minion. Hihi. Zara takut minion uolss! Tak tau pasaipa. Kat rumah kitorang umpan patung minion la kat area antara hall ke dapur. Kes taknak dia masuk dapur, sepah kentang bawang ibu. Hehe.







Kat area Minion Park nie ada satu kiosk Coca-Cola customized nama. Suami aku beria nak buat, so buat la kita. Harga 500 Yen je, murah. Fikir punya fikir, kitorang bubuh la nama IDZARATEN. Botol Coca-Cola tu sekarang tersergam indah dalam almari perhiasan aku. Kenangan. Pastu kitorang beli popcorn bekas minion. Harga 2900 Yen kalau tak silap, lupa dah.


First ride kitorang laki bini main, The Amazing Spiderman. Gilir-gilir sebab kena jaga Zara. Ride nie okay la bagi aku. Sapa pernah main Transformers 4D kat USS, sebijik sangat. Watak je diorang tukar, jalan cerita tonggang terbalik tu sama semua. Tapi still best. Lama dah aku tak buat perangai jerit depan orang. Suami aku kata so-so je. Eeee, eksyen lebih eh!


Second ride suami aku main The Flying Dinasour. Roller coaster kaki tergantung ke bawah. Bukan kaki je, badan pun sama. Imagine kau meniarap atas langit. Fuhhh. Aku tak naik, jaga Zara. Lagipun queue panjang, cukup la jadi isteri mithali tunggu suami kat bawah. Hehe. Suami aku kata ride nie best giler. Kalau dia kata best maknanya memang best la tu. So korang yang datang sini nanti, WAJIB naik tau.


*Tu dia. Cer cari mana ayah si Zara nie. Hehe.*

*Setia menunggu suami a.k.a ayah Zara.*

Cuaca tak berapa baik haritu. Hujan on off & non-stop. Start dari rumah minion memula tu dah start hujan renyai. Nasib baik la bawak payung. Bila hujan, banyak la ride kena stop. Nak jenjalan pun tak feeling sangat. Risaukan Zara, takut dia demam. Huhu. Dua ride tu je yang kitorang sempat main untuk adult game, yang lain ke laut. So aku tak boleh la komen ride lain best ke tak. Hihi. Sorry.


Sebab ride banyak tutup, kitorang pergi Wonderland. Tempat kanak-kanak. Kat sini ada Snoopy, Hello Kitty, Sesame Street. Aku gagahkan jugak main cupcake, nak bagi Zara merasa. Padahal ibu dia yang nak main. Haha. Takde orang pun nak main, aku & Zara je. Tak ke sengal bawak budak kecik main time hujan. Alhamdulillah la Zara tak demam. Kuat anak ibu nie! Good girl.


Pastu aku & Zara main kuda pusing-pusing macam kat funfair tu. Yang nie okay sebab berbumbung. Zara happy je. Syok kot tengok benda comel-comel. Kesian ayah dia, jadi cameraman sambil pegang payung & barang. Hihi. Settle main benda alah nie, hujan lebat giler. Kitorang terus masuk playground Elmo then stuck situ dekat sejam ada kot. Zara seronok la main bola la apa la, ibu ayah krikk krikk.








Next singgah jap kat playground Snoopy. Tak menarik pun, syok Elmo tadi tu lagi. Ambik gambar pastu kitorang laki bini sepakat nak redah je jenjalan kat luar. Siap beli extra payung nak jalan punya pasal. Lebur 1500 Yen. Paling sadis, suami aku meroyan kat airport sebab payung dia tu tertinggal dalam bas. Hehe. Kesian dia. Pastu jenjalan la kitorang anak beranak tanpa hala tuju. Zara pulak sedap tidur time hujan tu. Berbantalkan bahu pun jadi. Adududu la anak oi. Bergilir dukung dengan suami. Memang tak letak stroller, takut kena hujan. Balik hotel malam tu, rasa nak patah pinggang aku. T__T





Oh ya, korang kalau gi USJ, kena try Butterbeer. Butterbeer nie ada kat zone Harry Potter. Perghh, layan. Ada tiga pilihan, aku beli yang harga 1100 Yen. Gelas boleh bawak balik. Butterbeer nie bukan beer pun. Air rootbeer + aiskrim vanilla. Macam air kat A&W. Nama je scary konon beer padahal takde apa pun. Non alcohol. So boleh minum, don't worry. Aku baca katanya game kat Harry Potter nie paling best! Mana satu yang best aku tak sure. Tak boleh nak main, ramai giler kot orang kat sini.






Kat USJ nie takde surau ye. Makanan halal pun takde. So pandai korang la bawak makanan, sorok dalam beg. Kat sini memang ramai giler orang. Sapa tak tahan nak beratur lama tu, beli la Express Pass. Kat luar USJ nie ada Hard Rock Cafe. Tak silap aku ada dua Hard Rock kat Osaka tapi yang kat USJ nie lagi banyak choice.










Setakat nie dulu la entry USJ & Jepun. Settle sudah! Pheww. Bercinta oi aku nak menaip sambil ingat balik moment tu semua. Hehe. Hopefully entry aku dapat la bagi gambaran sikit kat korang. Memang best travel ke Jepun. Confirm tak menyesal. Next year kemana ye kita??? Okay la, sayonara ~


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Comments

Popular posts from this blog